ARTICLE

Insight

Rahmat Di Sebalik Kejatuhan Ringgit

Kerajaan tidak gagal dalam menangani kejatuhan nilai ringgit bahkan lebih bijak serta berhemah dan memahami erti sebenar tentang penyusutan nilai ringgit ini apabila kejadian sebegini berlaku di setiap 10 atau 20 tahun sekali.

 

Apabila nilai ringgit jatuh secara mendadak maka kerajaan mungkin akan menyekat beberapa aktiviti berat seperti pembelian barangan dari negara asing dan dari luar negara untuk mengekang sedikit prasarana asing supaya dapat membuat sejumlah pembelian berkos tinggi secara perlahan dan berhemah sehingga nilai ringgit kembali pulih.

 

Kerajaan tidak berhasrat untuk menyangga nilai ringgit walaupun perangkaan menunjukkan jelas bahawa ringgit mulai menyusut secara drastik ke paras yang kritikal atau ke paras terendah kerana inilah waktunya yang dapat memberi sedikit peluang bagi pengurup wang negara atau mereka yang berurus niaga hadapan wang dapat meraih keuntungan.

 

Para pelancong asing terutamanya yang datang dari negara-negara Eropah dan negara-negara di blok barat dapat menikmati pertukaran wang mereka yang lebih baik apabila mereka datang untuk melancong ke Malaysia.

 

Begitu juga kepada penduduk dalam negara sendiri dapat menikmati keuntungan yang berlipat ganda dari hasil perniagaan matawang bersama negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia yang sememangnya boleh menjadikan satu tarikan terhadap ekonomi apabila mereka melancong ke negara tersebut dengan dapatan penambahan dari nilaian Rupiah atau Bath yang jauh lebih menguntungkan apabila berlakunya penyusutan nilai matawang tersebut.

 

Sewaktu berlakunya era penyusutan nilai ringgit ini penulis lebih kepada memberi cadangan kepada kerajaan Malaysia supaya dapat mengandakan untuk lagi usaha untuk membina 'satu empayar pelancongan negara' ke tahap yang lebih tinggi ertinya kerajaan Malaysia perlu membuat berbagai 'promosi pelancongan ' yang hebat terhadap seluruh warga Barat dan Eropah untuk datang melawat Malaysia sebagai 'Tahun Melawat Malaysia sepanjang Tahun ' .

 

Apabila berlakunya penyusutan nilai ringgit sebegini maka 'promosi pelancongan Eropah ' menjadi satu agenda tahunan negara untuk memperkenalkan secara drastik promosi sebagai ' Malaysia Indah ' di mata dunia dan sekali gus menarik pelancong untuk datang ke Malaysia.

 

Pelancong dari Eropah tentu tertarik dari pakej tawaran yang kerajaan berikan dan akan bertambah gembira apabila pertukarn wang mereka lebih menguntungkan apabila mereka datang ke Malaysia.Sebagai contoh satu pinggan nasi lemak berharga 5 ringgit Malaysia namun bagi pelancong yang datang dari 'Great Britain mereka akan berkata ' wow! Ini nasi lemak cuma 1 URO, oh! very cheap!'.

 

Begitu juga sesakali bagi rakyat Malaysia yang pergi melancong ke Bali Indonesia dan harga makanan di sana amat murah berbanding dengan tukaran wang ringgit Malaysia.Sebab pernah berlaku di suatu ketika nilaian pertukaran ringgit berbanding dengan nilai rupiah mencecah sehingga 5000 kali ganda .Contohnya 200 ringgit Malaysia bersamaan dengan satu juta rupiah Indonesia.

 

Sebenarnya berlakunya penyusutan nilai ringgit ini adalah juga sebagai satu ' Rahmat ' bukanya satu bentuk. ' Alamat Kiamat' terhadap ekonomi di sesebuah negara.

 

Oleh itu belajarlah dengan erti 'kesabaran' .Seluruh para pemimpin negara perlu bersikap positif terhadap apa yang berlaku untuk berdepan dengan unjuran dari penyusutan nilai ringgit ini ke arah satu bentuk pendekatan yang lebih realistik dan boleh membawa kepada sesuatu yang lebih menguntungkan.

 

Bagi seluruh badan perusahaan dan perniaga besar , natijah dari keadaan penyusutan nilai ringgit ini mungkin akan membawa sedikit kerugian namun kerugian ini bersifat sementara bahkan akan dapat sesuatu yang lebih menguntungkan secara keadaah yang dapat mengatasi permasalaan dengan membuat suatu 'post mortem ' semula dengan suatu cara perniagaan yang akan mendapat lebihan keuntungan mungkin yang berlipat kali ganda dalam jangka masa pendek atau panjang apabila keadaan nilai ringgit kembali stabil.

Next
Effect of Tax Reduction

Author(s)

For more insights
alerts

Trending