Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selaku ejen kerajaan yang bertanggungjawab mengutip hasil cukai kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif selaras dengan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS). Secara umumnya, pihak LHDN telah mengambil beberapa pendekatan terutamanya untuk memastikan pembayar cukai mematuhi kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan cukai. Selain daripada itu, proses pembayaran dan kutipan akan diperkemas dan dipertingkatkan.
Usahawan Sukses, Bil 68, 2011
Headlines : Sorotan Bajet Cukai 2011 - Bahagian 2
Tuntasnya, segala perubahan berkaitan percukaian memainkan peranan penting dalam mencorakkan landskap ekonomi negara pada masa hadapan. Beberapa aspek penting seperti peningkatan pelaburan swasta pembangunan modal insan, juga pada masa yang sama memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat serta memantapkan penyampaian perkhidmatan awam akan menjadi tunjang utama dalam bajet kali ini.
Usahawan Sukses, Bil 67, 2011
Headlines : Sorotan Bajet Cukai 2011 - Bahagian 1
Bajet 2011 adalah merupakan topik yang sering dibincangkan bagi setiap rakyat untuk melihat sejauh mana visi dan misi kerajaan Malaysia terlaksana. Setiap individu akan melihat kesan bajet tersebut daripada perspektif yang berbeza samaada memberikan impak yang ketara terhadap meraka. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan negara mencapai satu tahap yang membanggakan dari segi ekonomi, sosial, hubungan antarabangsa dan sebagainya.
Usahawan Sukses, Bil 66, 2010
Headlines : Sektor Pelancongan - Insentif Cukai
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai khazanah berharga dan daya tarikan menarik yang memenuhi citarasa setiap pengunjung tanpa mengira pelancong tempatan mahupun luar negara. Selain itu negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik seperti perlancongan eko, homestay, warisan sejarah, pantai dan pulau yang indah. Ini ditambah pula dengan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dengan pelbagai budaya yang unik.
Usahawan Sukses, Bil 65, 2010
Headlines : Apakah Pendapatan Manfaat Yang Anda Terima Bercukai ?
KWSP baru-baru ini telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.65 peratus kepada pancarumnya berdasarkan perolehan pendapatan tertinggi pernah kumpulan itu capai sebanyak RM 19.63 billion. Persoalannya adakah dividen tersebut dikenakan cukai di tangan penerima dividen ? Ruangan kali ini akan membicarakan tentang pendapatan individu yang tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Secara umumnya, terdapat 5 kategori pendapatan dan manfaat yang diterima dan dinikmati oleh pekerja dalam melaksanakan pekerjaannya.
Usahawan Sukses, Bil 64, 2010
Headlines : Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) Satu Realiti
Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa GST akan diaplikasikan dalam masa 18 bulan dari tarikh Pembentangan Kedua persidangan parlimen. Ia dijangkakan akan bermula pada lewat September 2011. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, melalui persidangan parlimen pada 17 Disember 2009 telah membentangkan skop awal GST. Beliau menyatakan bahawa GST akan dilaksanakan pada kadar 4 peratus iaitu lebih rendah dari kadar negara jiran Singapura dan syarikat yang wajib untuk berdaftar GST perolehannya melebihi RM 500,000 setahun.
Usahawan Sukses, Bil 63, 2009
Headlines : Insentif Cukai Bajet 2010
Dalam bajet kali ini, kita menyaksikan pengurangan perbelanjaan kerajaan yang paling besar sejak tempoh 23 tahun, terutamanya dalam perbelanjaan operasi. Pengurangan ini sekaligus dapat mengurangkan defisit fizikal kerajaan kepada 5.6 peratus daripada KDNK. Bajet 2010 mensasarkan manfaat kepada semua golongan masyarakat yang merangkumi usahawan, penjawat awam dan rakyat. Insentif yang berupa pelepasan dan pengurangan cukai individu sehingga kepada subsidi yang diberikan kepada para petani dan nelayan pada dasarnya akan menambah pendapatan boleh guna rakyat.
Usahawan Sukses, Bil 62, 2009
Headlines : Guna Akauntan Percukaian Bantu Buat Keputusan - Elak Bayar Penalti
Enam bulan yang pertama tahun 2009 telah berakhir dan seterusnya para usahawan perlu memikirkan perancangan untuk menghadapi enom bulan yang akan datang sebelum berkhirnya tahun 2009. Sesungguhnya enam bulan yang lepas adalah saat-saat yang begitu mencabar bagi para usahawan. Pada mereka yang telah berjaya mengharungi dan bertahan sepanjang enam bulan yang lepas, tahniah diucapkan kepada anda.
Usahawan Sukses, Bil 61, 2009
Headlines : Elaun Modal Bagi Aset Perniagaan
Dalam penjanaan pendapatan perniagaan, syarikat memerlukan aset dalam bentuk jentera, peralatan dan lain-lain. Menurut terma perakaunan, setiap aset mempunyai susut nilai tertentu. Di dalam terma percukaian pula, perbelanjaan susut nilai ini tidak dibenarkan tetapi sebaliknya akan digantikan dengan elaun modal. Elaun modal adalah satu potongan tahunan yang dibenarkan dalam pengiraan cukai yang diberikan kepada sesebuah perniagaan yang memperolehi harta atau aset perniagaan.
Usahawan Sukses, Bil 60, 2009
Headlines : Mini Bajet 2009 - Adakah Cahaya Di Hujung Jalan ?
Kekalutan ekonomi dunia kini semakin dirasai. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menjangkakan dunia akan mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.5 peratus pada tahun ini dan keadaan ini mungkin akan menjadi lebih teruk. Keadaan ini dizahirkan apabila media-media utama melaporkan syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Toyota Motors dan syarikat insurans AIG mengalami kerugian yang jumlahnya berbilion ringgit.
Usahawan Sukses, Bil 59, 2009
Headlines : Tahun Baru 2009 : Cukai Dan Ekonomi
Perspektif yang mengatakan cukai adalah sebahagian daripada kos perniagaan memang diakui kebenaran. Ini terbukti apabila segala kos pematuhan (tax compliance cost) dan pembayaran cukai sendiri adalah satu kos dan perlu diurus dengan berhemah. Sementelahan itu sebagai satu objektif atau azam tahun baru untuk para usahawan, mereka patut bertekad untuk menjadikan pengurusan cukai mereka lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Usahawan Sukses, Bil 58, 2008
Headlines : Layanan Cukai - Manfaat Untuk Pekerja Berdasarkan Bajet 2009
Kita sedia maklum bahawa Bajet 2009 telah pun dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Pembentangan Bajet 2009 lebih tertumpu kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah kita bina selama ini terus terjamin. Memandangkan keadaan persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan global kini menghadapi cabaran yang tidak menentu, adalah penting untuk kita memperkukuhkan lagi daya tahan ekonomi supaya kita berupaya menangani kesan persekitaran luar yang semakin sukar dan lebih mencabar.
Usahawan Sukses, Bil 57, 2008
Headlines : Analisa Intipati Bajet 2009
Tempoh separuh penggal pertama 2008 menyaksikan ekonomi negara telah berkembang pada kadar 6.7 peratus. Kadar pertumbuhan yang tinggi ini adalah didorong oleh permintaan domestik yang kukuh dan usaha kerajaan yang berterusan untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi negara. Ternyata dasar kerajaan ini telah menampakkan hasil yang baik walaupun persekitaran ekonomi dan kewangan dunia dalam keadaan ketidaktentuan.
Usahawan Sukses, Bil 56, 2008
Headlines : Lawatan LHDN Ke Premis Perniagaan - Apakah Yang Perlu Diketahui ?
Sebelum tahun 2000, pihak LHDN telah menggunakan sistem yang dipanggil Official Assessment System (OAS), tetapi bermula dari tahun 2001, pihak LHDN telah beralih kepada Sistem Taksiran Sendiri (STS) untuk syarikat dan pada tahun 2004, sistem ini telah diperluaskan meliputi semua kategori pembayar cukai. Untuk memastikan laporan dan penyata kewangan yang dihantar kepada pihak LHDN adalah betul, maka semakan akan dilakukan oleh pegawai audit LHDN.
Usahawan Sukses, Bil 55, 2008
Headlines : Berhijrah dari Perniagaan Tunggal Ke Syarikat Sdn Bhd - Implikasi Cukai
Perniagaan tunggal merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu di mana risiko liabiliti tidak terhad kepada perniaagaannya sahaja, tetapi boleh membabitkan harta dan perlaburan individu peniaga itu sendiri. Inilah antara kelemahan dalam perniagaan tunggal. Biasanya pemilik perniagaan tunggal berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (ROB). Dari segi percukaian, cukai akan dikenakan ke atas individu peniaga terbabit.
Ramai di kalangan pembayar cukai individu tidak sedar bahawa mereka boleh mengurangkan cukai yang perlu dibayar secara sah dan dibenarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antaranya pelepasan cukai kepada semua bidang pengajian di peringkat pengajian lepasan ijazah iaitu sarjana dan doktor falsafah, pembelian buku, terbitan berkala, majalah dan sebagainya, pembayaran bil perubatan ibu bapa yang dibuat oleh pembayar cukai serta pembayaran sejumlah zakat oleh individu.
Usahawan Sukses, Bil 53, 2008
Headlines : Terbeban Dengan Jumlah Cukai Yang Tinggi ? Rayuan Cukai - Satu Alternatif
Sebagai usaha memoden dan memperkemaskan sistem pentadbiran cukai negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memperkenalkan beberapa pembaharuan ke atas amalan percukaian di Malaysia. Antaranya, mulai tahun 2001, Sistem Taksiran Sendiri (STS) telah digunapakai ke atas syarikat-syarikat di Malaysia manakala untuk kumpulan individu, peniaga dan pekerja STS dilakasanakan mulai tahun 2004 secara beperingkat.
Usahawan Sukses, Bil 52, 2007
Headlines : Percukaian Islam - Pindaan Dan Insentif Di Bawah Akta-akta Cukai
Abad ke-21 menyaksikan perkembangan pesat dalam sistem kewangan Islam di seluruh dunia. Dalam merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah pusat utama kewangan Islam antarabangsa, Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha terutamanya dalam meningkatkan saiz pelaburan, kecekapan perkhidmatan, kepelbagaian produk, pemantapan infrastruktur dan juga peningkatan bilangan institusi yang berkaitan dengan kewangan Islam.
Usahawan Sukses, Bil 51, 2007
Headlines : Bajet 2008 - Bersama Bangunkan Negara Dan Nikmati Kemakmuran
Bajet kali ini memberi tumpuan kepada tiga strategi utama - mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kesejahteraan rakyat. Dengan persekitaran ekonomi dunia yang dijangka lebih mencabar dan tidak menentu, pemberian pelbagai insentif dan sistem percukaian yang mesra perniagaan diharap akan menjadi dorongan kepada masyarakat peniaga untuk memperkukuhkan lagi perniaagaan mereka.
Tanggungjawab majikan berkenaan pendapatan pengajian terkandung di bawah seksyen 83 Akta Cukai Pendapatan 1967. Secara amnya, ada tiga faedah atau manfaat yang boleh dikenakan cukai iaitu perkuisit, manfaat yang tidak boleh ditukar dalam bentuk wang dan manfaat berkenaan tempat tinggal. Majikan dan pekerja perlu peka berkenaan faedah dan manfaat ini supaya mereka tidak dikenakan denda dan penalti oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Usahawan Sukses, Bil 49, 2007
Headlines : Pengurusan Risiko Cukai
Sejak pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan Sistem Taksir Sendiri (STS) pada tahun 2000, risiko cukai perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak samada syarikat atau individu. Ini kerana semasa audit cukai atau penyiasatan cukai dijalankan oleh pihak LHDN, terdapat banyak kes dimana berlaku kesilapan dan kesalahan dalam transaksi sistem perakaunan. Kesalahan dan kesilapan ini boleh mengundang tambahan cukai kena bayar serta penalti dan denda dikenakan oleh LHDN sekaligus akan meningkatkan kos kepada syarikat dan individu.
Usahawan Sukses, Bil 48, 2007
Headlines : Borang Nyata Cukai - Kesalahan Dan Penalti
30 April adalah tarikh akhir bagi menghantar Borang BE untuk penggajian atau individu makan gaji. Sementara akhir bulan Jun adalah tarikh terakhir untuk menghantar Borang B bagi individu yang menjalankan aktiviti perniagaan dan Borang C dan R bagi syarikat yang tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember 2006 (Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 77 (1) dan Seksyen 77A (1) ).
Usahawan Sukses, Bil 47, 2007
Headlines : Pengilang Dan Pengimport Barangan Bercukai Perlu Patuh Syarat - Lesen Cukai Jualan Penting
Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport dan barangan buatan Malaysia. Cukai ini dikenakan pada masa barang-barang tersebut diimport iaitu setelah dilepaskan daripada kawalan kastam, dijual, digunakan atau dilupuskan termasuk digunakan sendiri, dimusnahkan, didermakan, dihadiahkan atau dibekalkan secara percuma oleh pengilang.
Usahawan Sukses, Bil 46, 2006
Headlines : Insentif Cukai Untuk Syarikat - Peluang Yang Mesti Direbut Oleh Para Usahawan
Seorang usahawan yang ingin memulakan perniaagaan, mempunyai pilihan untuk mendaftarkan perniaagaan mereka sebagai perniagaan perseorangan, perkongsian atau menubuhkan syarikat terhad. Untuk tujuan percukaian, secara umumnya, penubuhan syarikat terhad adalah menguntungkan juka mengambil kira kadar cukai korporat sebanyak 20 % untuk keuntungan yang tidak melebihi RM 500,000.
Usahawan Sukses, Bil 45, 2006
Headlines : Bajet 2007 - Ole-ole Golongan Peniaga Dan Individu
Sebagai negara perdagangan, Malaysia tededah kepada faktor-faktor ekonomi luaran yang tidak dapat dikawal. Oleh itu bajet 2007 dan seterusnya hendaklah dirumus dan dilaksanakan supaya Malaysia boleh mengekang ketidaktentuan ekonomi dunia dan bergerak mencapai matlamat wawasan 2020. Sebagai golongan peniaga sebarang insentif cukai yang diberikan merupakan satu motivasi untuk melonjakkan lagi perniaagaan ke satu tahap yang tertinggi.
Usahawan Sukses, Bil 44, 2006
Headlines : Audit Dan Penyiasatan Cukai - Apa Yang Perlu Anda Ketahui
Dengan perlaksanaan STS, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pastinya akan meningkatkan lagi aspek pengawasan dan pencegahan melalui proses audit dan penyiasatan kepada penbayar cukai. Menurut sumber dari LHDN pada tahun 2004, jumlah cukai yang dikutip untuk penyiasatan sivil bagi cukai kebelakangan, jumlah kutipan adalah RM 620.2 juta dimana ia merangkumi sebanyak 773 kes yang telah diselesaikan bagi kes audit cukai, pada tahun 2004 sebanyak 1635 kes telah diselesaikan melibatkan kutipan cukai sebanyak RM 315.3 juta.
Usahawan Sukses, Bil 43, 2006
Headlines : Potongan Dan Pelepasan Cukai Individu
Dengan adanya pengurusan yang berkesan dan terancang, pihak pembayar cukai dapat mengurangkan liabiliti cukai, mengelak daripada membayar penalti dan kompaun yang akan dikenakan akibat dari kecuaian dan kesilapan. Seperti yang kita sedia maklum, bulan April sehingga Jun adalah tempoh yang sibuk bagi pembayar cukai. Ini disebabkan pengembalian Borang BE perlu dikemukakan pada bulan April, manakala Borang B hendaklah dikemukakan pada bulan Jun bagi sesuatu tahun kalendar.
Usahawan Sukses, Bil 42, 2006
Headlines : Kejayaan Tidak Datang Bergolek - Usahawan Mesti Sedia Bekerja Keras
Ketika saya mula-mula bekerja makan gaji sebagai auditor, saya dapati bos-bos saya hidup agak mewah. Tetapi setelah masuk ke bidang ini, kemewahan bukan menjadi kayu pengukur. Cabaran di bidang ini sama seperti dalam mana-mana perniagaan.
Headlines : Pentingnya Pengurusan Cukai
Semenjak Sistem Taksir Sendiri (STS) diperkenalkan kepada syarikat pada tahun 2001, pengurusan cukai sepatutnya menjadi satu agenda penting bagi setiap syarikat.