SALIHIN CSR - RUMAH KEBAJIKAN RAUDHATUL AL-FAEEZ
Category   COMPANY EVENT
SALIHIN CSR - Rumah Kebajikan Raudhatul Al-Faeez
20/12/2018 - 20/12/2018, Rumah Kebajikan Raudhatul Al-Faeez

20 Disember 2018, Keramat, Kuala Lumpur : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah ungkapan yang kami gambarkan kepada penghuni Rumah Kebajikan Raudhatul Al-Faeez selepas kediaman mereka dijilat api pada 23 November 2018 yang lalu.

Pusat yang menempatkan 30 orang anak yatim dan asnaf di Sungai Salak Batu, Gombak itu mengalami kebakaran 60 peratus. Kini, mereka tinggal secara sementara di sebuah rumah di Keramat.

SALIHIN Sports & Recreational Club (SRC) mengambil inisiatif untuk membantu mereka dalam menyumbang keperluan asas harian untuk penghuni rumah tersebut. Kunjungan kami diketuai oleh En. Salihin Abang, Pengasas dan Rakan Kongsi SALIHIN.

Semoga bantuan dan sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh anak-anak yatim dan asnaf dari Raudhatul Al-Faeez ini.

#SALIHINCSR #CSR #CorporateSocialResponsibility

  •  

  •  

  •  

  •  

  •  

Insight and Research

Transfer Pricing (TP) Compliance

Reporting Accountant and IPO Advisory

Shariah Advisory & Consultancy

MIA Appoints Salihin Abang As New President