MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT
Category   COMPANY EVENT
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat
29/11/2018 - 29/11/2018, Surau Al-Ikhwan, Taman Samudra, Batu Caves

29 November 2018 | Alhamdulillah syukur, pengurusan firma SALIHIN dan Salihin Sports & Recreational Club (SRC) dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan, Taman Samudra, Batu Caves telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat yang bertempat di Surau Al-Ikhwan.

 

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, kemudian diteruskan lagi dengan kuliah maghrib, solat isyak, solat hajat, bacaan yaasin dan jamuan makan. SALIHIN juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Surau Al-Ikhwan kerana telah dinobatkan sebagai "Surau Terbaik Negeri Selangor 2018". Semoga hubungan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama antara SALIHIN dan Surau Al-Ikhwan dapat mewujudkan suasana harmoni sesama insan.

  •  

  •  

  •  

Insight and Research

Transfer Pricing (TP) Compliance

Reporting Accountant and IPO Advisory

Shariah Advisory & Consultancy

MIA Appoints Salihin Abang As New President